KARNIVAL KEUSAHAWANAN POLYCC

KARNIVAL KEUSAHAWANAN POLYCC ZON SELANGOR & WPKL DAN INSTITUSI PENDIDIKAN INDONESIA 2023 (KAWAN2023)

Shah Alam, 15 November 2023, Pusat Keusahawanan Premier, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah mengadakan program Karnival Keusahawanan 2023 peringkat Polycc Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan yang telah disertai oleh 200 orang pelajar dari 14 Institusi politeknik dan kolej komuniti zon Selangor. Program KAWAN2023 ini juga telah disertai oleh 100 orang pelajar dari pelajar Universiti Pamulang, Indonesia.  

Program ini telah menampilkan 3 orang usahawan graduan dan pelajar  yang telah berjaya menjalan perniagaan dalam pelbagai bidang. Nurul Nadiya Nasyita graduan dari PSA telah berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi semasa membangunkan Aisyah De Kitchen yang menampilkan perniagaan restoran dan event place, telah Berjaya dan berkembang maju dengan 15 orang pekerja di Seremban, Negeri Sembilan. Sementara Muhammad Faiz Safwan bin Affendi, usahawan graduan dari Kolej Komuniti Hulu Langat pula telah berjaya memiliki 4 rangkaian kedai elektronik dengan bermulakan perniagaan Planning Riders Motorsport yang menjual topi keledar premium. Sesi perkongsian dalam Tips Talk Usahawan ini juga menampilkan Nina Anggraeni dari Universiti Pamulang yang masih belajar di semester lima dan telah berjaya dengan perniagaannya “Beige Minimalist Fashion”. Beliau menjalankan perniagaan secara online yang menjual t-shirt dan kemeja wanita yang berkualiti, simple dan elegan dengan harga mampu milik.

Selain dari itu program ini juga telah memberikan pendedahan persiapan perniagaan pelajar untuk membangunkan perniagaan melalui seminar keusahawanan yang diberikan oleh empat agensi dari pelbagai aspek. Bank Islam menyampaikan seminar bertajuk Pengurusan Kewangan bagi SME, Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Cabaran Usahawan Tekno dalam membangunkan Syarikat Teknologi dan Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit menyampaikan seminar Bijak Niaga, Bijak Wang.

Objektif KAWAN2023 adalah untuk membudayakan ilmu perniagaan dan amalan terbaik perniagaan kepada para pelajar yang sedang menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian, memotivasikan pelajar yang yang telah mengambil kursus kusahawanan dengan mendapat pendedahan dan ilmu dari pelbagai agensi dan mendidik pelajar agar berani mengambil risiko dan peluang menceburkan diri dalam perniagaan yang mereka minati. Objektif ini selaras dengan aktiviti jualan yang berlangsung dengan 14 gerai jualan dari setiap institusi Polycc Zon Selangor dan WP Kuala Lumpur yang terlibat dalam program ini, iaitu 4 politeknik dan 10 Koleh Komuniti.

Karnival Keusahawanan KAWAN2023 ini Kolaborasi merupakan program peringkat antarabangsa yang dijalankan secara hybrid bersama pihak Universitas Pamulang. Kolaborasi yang telah berlangsung sejak tahun 2018 ini mempunyai objektif masa depan yang jauh untuk melihat pelajar di kedua buah negara berani mengambil risiko menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. Usaha melahirkan usahawan madani yang memacu ekonomi sesuai tema KAWAN2023 ini memerlukan usahasama kolaborasi yang baik agar pendidikan dan pendedahan  keusahawanan ini menjadi titik tolak pelajar untuk melihat peluang perniagaan yang lebih jauh.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top