MEET AND GREET BERSAMA IKON USAHAWAN PSA 2022

MEET AND GREET BERSAMA IKON USAHAWAN PSA 2022
 
Pada 24 November 2022 telah berlangsungnya program Meet and Greet bersama Ikon Usahawan PSA yang diadakan di Galeria Bestari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Program diadakan adalah untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada usahawan-usahawan pelajar dan graduan yang telah menjayakan program-program anjuran PEC PSA dan juga dijemput Usahawan Alumni daripada PSA sendiri yang telah berjaya dalam perniagaan masing-masing untuk memberi ilmu pengetahuan serta tips-tips yang boleh diamalkan oleh bakal-bakal usahawan melalui forum “Usahawan Gen Z, Adaptif dan Inovatif”.

Diharapkan program seperti ini dapat terus memupuk semangat keusahawanan yang tinggi di kalangan pelajar PSA seterusnya dapat menjadi seorang “job creator” yang berjaya mencipta banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat dan dapat membantu menjana ekonomi negara ke tahap yang  terbaik di masa akan datang.

PREMIER ENTREPRENEURSHIP CENTRE (PEC PSA)
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top